Monday, December 14, 2009

PROGRAM PERANCANGAN STRATEGIK PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN 2009


Bil Program dan Objektif /Tarikh /Tempat /Kumpulan
Sasar

1 Anak Bijak Ceria (ABC)
Melahirkan kanak-kanak yang berfikiran matang dan berpengetahuan luas.
Mewujudkan sikap kerjasama berpasukan dan semangat bersaing.
Memberi pendedahan social kepada kanak-kanak khususnya dikalangan anak-anak penerima bantuan jabatan
Tarikh : 24.1.09
Tempat :De Rhu Beach Resort, Balok
Kumpulan Sasar :Kanak-kanak berumur 7-12 tahun

2 Majlis Dialog TASKA/ Pusat Jagaan.
Memberi penjelasan tentang pindaan Akta TASKA dan Pusat Jagaan
Mengalakkan pengusaha berdaftar dengan JKM.
Merapatkan kerjasama JKM dengan pengusaha.
Tarikh :26.02.09
Tempat :Rumah Nur Kuantan
Kumpulan Sasar : Pengusaha TASKA dan Pusat Jagaan

3 Permata Hati
Melahirkan masyarakat prihatin dan penyayang.
Mewujudkan kanak-kanak yang pintar dan ceria.
Mengeratkan ukhwah di kalangan ibu bapa, komuniti dan jawatankuasa TASKA
Tarikh :07.03.09
Tempat :Taska Penyayang ,Cenderawasih
Kumpulan Sasar :Kanak-kanak TASKA, ibu bapa dan komuniti

4 Malam Ekspresi Seni
Mencungkil bakat seni di kalangan OKU
Memberi pendedahan social kepada peserta PDK.
Tarikh :29.03.09
Tempat :Dewan Kompleks Penyayang
Kumpulan Sasar :Peserta PDK Daerah Kuantan

5 Program Kesedaran Membanteras Pengemis
Memberi kesedaran kepada masyarakat terutama OKU tentang kegiatan kutu rayau dan pengemis.
Mewujudkan masyarakat sejahtera, sihat dan bermoral.Menjayakan Kuantan sebagai Bandar Lestari.
Tarikh :23.04.09
Tempat :Dewan Kompleks Penyayang
Kumpulan Sasar :Ahli PPOKU, Persatuan Orang Buta Pahang dan pemimpin masyarakat

6 Seminar Pelajar Cemerlang
Memberi pendedahan kepada pelajar ( terutama anak klien JKM )cara menjawab soalan.
Menyuntik semangat dan motivasi diri di kalangan pelajar.
Tarikh :03.05.09
Tempat :Mega View Hotel, Kuantan
Kumpulan Sasar :Pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

7 Program Jati Diri
Membentuk sikap berdikari dan kerjasama di kalangan peserta.
Melahirkan peserta yang berketrampilan dan kental.
Tarikh :13.06.09-15.06.09
Tempat :Taman Negara, Jerantut
Kumpulan Sasar :Kanak-kanak di bawah seliaan akhlak
  
8 Majlis Bertemu Mata
Mewujudkan kerjasama dan suasana muhibah bersama masyarakat
Memberi penjelasan tentang perkhidmatan jabatan.
Tarikh :23.06.09
Tempat :Dewan Kompleks Penyayang
Kumpulan Sasar :Pemimpin masyarakat, pengamal media dan penerima bantuan JKM

9 Seminar Komunikasi Berkesan
Memberi pendedahan tentang pengetahuan komunikasi berkesan di antara anak-anak dan ibu-bapa
Menyedarkan peserta tentang implikasi daripada komunikasi yang tidak berkesan dalam keluarga.
Tarikh :11.07.09-12.07.09
Tempat :Institut Biodiversiti  Lanchang
Kumpulan Sasar :Kanak –kanak yang terlbat dengan Bengkel interaktif

10 Seminar Kesedaran Perkhidmatan OKU
Mendedahkan kepada masyarakat tentang perkhidmatan yang disediakan untuk OKU.
Melahirkan OKU yang celik maklumat dan progresif.
Tarikh :26.07.09
Tempat :Dewan Kompleks Penyayang
Kumpulan Sasar :Pemimpin masyarakat dan OKU daerah Kuantan.

11 Keluarga Bahagia Rumahtangga Sejahtera
Melahirkan masyarakat penyayang dan sejahtera.
Memenuhi hasrat kerajaan melahirkan keluarga bahagia.
Tarikh :08.08.09
Tempat : Dewan Orang Ramai Felda Lepar Hilir 2
Kumpulan Sasar :Komuniti Felda

12 Games Challenge
Melahirkan OKU / Warga emas yang pintar, cergas dan aktif.
Membina sikap berdikari dan yakin diri di kalangan OKU/warga emas
Tarikh :16.08.09
Tempat :Taman Bandar, Kuantan
Kumpulan Sasar :OKU dan Warga Emas

13 Majlis Rahmat Ramadan
Melahirkan anggota masyarakat yang prihatin dan penyayang
Meraikan golongan yang berkeperluan untuk menikmati kemanisan Ramadhan.
Tarikh : 09.09.09
Tempat :Dewan Kompleks Penyayang
Kumpulan Sasar :Golongan Berkeperluan (klien JKM)

14 Majlis Resepsi Budi
Menghargai sumbangan sukarelawan kebajikan
Merapatkan talian silaturrahim dan kerjasama
Tarikh : 16.10.09
Tempat :Hotel Vistana Kuantan
Kumpulan Sasar :Sukarelawan kebajikan di bawah kelolaan PKMD Kuantan

15 Seminar Keluargaku Dihatiku
Meningkatkan kesedaran serta memberi pengetahuan terhadap kemahiran keibubapaan serta pengurusan konflik dalam institusi keluarga.
Mewujudkan satu bentuk hubungan yang positif serta perasaan saling memahami di antara satu sama lain dalam keluarga.
Membentuk hubungan keluarga yang sihat dan harmoni di samping pertumbuhan psikologi yang positif.
Tarikh : 23.11.09
Tempat :Dewan Kompleks Penyayang
Kumpulan Sasar :kanak-kanak dan ibu/bapa/penjaga kes Bengkel Interaktif.

No comments: