Tuesday, December 15, 2009

MISI , VISI , & OBJEKTIF

MOTO
Berkat Berjasa

OBJEKTIF
Memberi perlindungan & pemulihan kepada kumpulan sasar jabatan.
Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap & peningkatan keupayaan untuk berdikari.
Mewujudkan masyarakat yang berbudaya & penyayang.
Meningkatkan kesejahteraan melalui perkhidmatan kebajikan, pembangunan sosial yang professional & perkongsian tanggungjawab yang strategic.

STRATEGIK
Mengoptimumkan keupayaan & potensi diri serta kesejahteraan kumpulan sasar jabatan.
Memastikan aspek kebajikan diintegrasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh
Mempertingkatkan perkongsiaan bijak dan strategic melalui kerjasama dengan semua kumpulan masyarakat, badan-badan bukan kerajaan dan agensi antarabangsa.
Mempertingkatkan pengurusan sumber manusia secara optimum.
Mempertingkatkan kualiti perancangan & pengurusan kewangan serta teknologi maklumat & komunikasi secara profesional.

DASAR KUALITI
Jabatan Kebajikan Masyarakat komited untuk memberi perkhidmatan secara professional yang berteraskan nilai kerja social demi memenuhi keperluan & kepuasan klien dalam mewujudkan masyarakat sejahtera dengan usaha berikut :
Mematuhi peraturan & undang-undang
Menambahbaik keberkesanan system pengurusan kualiti secara pengurusan
Mewujudkan objektif kualiti & memantau pencapaiannya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa mengenalpasti kelemahan dalam organisasinya dan akan melaksanakan program menambahbaikan melalui kajian kepuasan pelanggan, memantau & mengkaji semula prestasi mengikut objektif kualiti yang telah ditetapkan bagi setiap bahagian/unit.
Tindakan segera terhadap prestasi yang lemah akan dirancang & dilaksanakan.

PIAGAM PELANGGAN
Kami adalah komited untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat yang bermasalah dan tidak berkemampuan dengan :
Memberi jagaan & perlindungan kepada anggota masyarakat yang memerlukannya, memastikan kerahsiaan pelanggan tidak dihebohkan;
Menggerakkan perubahan sikap dan meningkatkan keupayaan berdikari;
Mewujudkan kemudahan jagaan & perlindungan.
Menjalankan usaha-usaha pencagahan masalah daripada berlaku dan merebak.
Menjalankan kegiatan pemulian mangsa masalah sosial supaya berdikari.
Membantu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO’S) dalam khidmat mereka kepada kumpulan sasar.
Membangunkan kesedaran masyarakat kearah penglibatan & penyertaan dalam kerja kebajikan.
Melaksanakan sistem pengurusan, perancangan & latihan yang berkesan.


LAGU "BERSATU UNTUK KEBAJIKAN"

Rakyat Malaysia Bersatu,

Hidup Berjiwa Mulia,

Tolong Menolong, Bantu Membantu,

Jadi Amalan Setiap Masa.

Yang Susah, Yang Derita,

Memerlukan Bantuan,

Sama Berbakti, Semangat Murni,

Itulah Amalan Yang Suci.

Tak Siapa Yang Meminta,

Dilahirkan Derita,

Sedarlah Taulan, Insaflah Rakan,

Kita Insan Biasa.

Bersatu Untuk Kebajikan,

Demi Kebahagian Semua,

Hidup Sejahtera, Aman dan Makmur

Itulah Harapan Kita




2 comments:

Yaya said...

slm admin ada seorang biomom 21thn,hamil ank luar nikah yg sy tdk pasti akibat dari telanjur atau di rogol...biomom tsbut brda di kedah skrg ni...
biomom n ibu bapanya nya menawarkan ank dlm kandungan itu utk diserahkan hak pnjagaanya kpd sy(tinggal di kuantan)apabila bayi itu lahir 14/4/16 nt.oleh krn keluarga malu dgn keadaan biomom hamil ank luar nikah,ibu bapanya biomom itu tdk mahu biomom berada di sekitar kg mereka krn bimbang dgn kutukan org kg...jd soalan sy:

1-bagaimn cr utk daftar masuk ke sana?

2-brp bayaran daftar masuk ke sana n jika ada d kenakan bayaran bulanan sila nyatakn..

3.jika biomom slmt bersalin apakah pihak admin akn uruskan proses utk pndaftaran jpn n proses utk pengangkatan n sbagainya hingga lengkap?
n berapa kos bila smua siap proses?nyatakan jenis proses n harga bersama

Unknown said...

assalamualaikum.sy dan isteri dlm proses penceraian.isteri telah blk kmpung dan bertukar kerja di kelantan.anak sulung sy darjah 2 sudah sblan lebih x pergi skolah.bagaimana yg patut sy buat.dah 2kali report polis tp tiada tindakan.sy risaukan pelajaran anak2.adakah pihak kebajikan dpat bantu