Monday, December 14, 2009

BERITA PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUANTAN


Program Operasi Pengemis Bersepadu ini dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan dengan kerjasama pihak Imigresen Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia melibatkan 30 orang anggota. Operasi ini diadakan bagi memastikan bandar Kuantan bebas daripada pengemis dan kutu rayau. Ini selaras dengan hasrat untuk menjadikan Kuantan sebagai bandar lestari sebagaimana komitmen Local Agenda 21 (LA 21). Sepanjang operasi ini dijalankan sebanyak 7 tangkapan dibuat melibatkan pengemis dan kutu rayau. Hasil pemeriksaan dan siasatan, 2 orang dibebaskan, 2 orang diserahkan kepada pihak Imigresan Pahang, 2 orang ditahan di Wad Dahlia, Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan serta seorang lagi diperintahkan dibawah Perintah AOP Seksyen 3(4) 1977 dan dibawa ke Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheng, Melaka.Adalah menjadi harapan agar program ini akan diadakan secara berkala dan mendapat kerjasama yang jitu daripada semua agensi yang terlibat. Pegawai-pegawai JKM cuba memujuk pengemis untuk dibawa ke balai bagi siasatan. Hasil siasatan mendapati pengemis merupakan warga asing dan telah diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan selanjutnya.


PROGRAM : DARI HATI KE HATI (PKMD BERSAMA PETUGAS PDK DAERAH KUANTAN)
MASA : 8.30 PAGI
TARIKH : 21.06.2008
BERTEMPAT : DHE RHU BEACH RESORT KUANTAN 152 SG. KARANG 26100 BESERAH
KUANTAN, PAHANG.

Program Dari Hati Ke Hati dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan. Program ini melibatkan semua Penyelia dan petugas Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Kuantan. Program ini bertujuan mengenalpasti permasalahan di kalangan petugas-petugas PDK. Selain itu juga program ini merupakan platform bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini di PDK, serta satu alternatif bagi memperolehi idea-idea yang bernas daripada semua PDK untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan serta menambahbaik program pemulihan OKU di PDK. Program ini juga adalah untuk mengenalpasti sejauh mana perancangan yang dibuat bagi tempoh 2 tahun yang akan datang bagi setiap PDK. Secara umumnya objektif program ini tercapai melalui satu jambatan pertemuan untuk merapatkan lagi perhubungan antara JKM dan PDK. Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Puan Shamsiah Binti Husin, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.

PROGRAM : SAYANG DI SAYANG BKP KUANTAN 2008
MASA : 8.30 PAGI
TARIKH : 14 JUN 2008
BERTEMPAT : TASKA PENYAYANG CENDERAWASIH
Program Sayang Di Sayang Bridged Kebajikan Perdana (BKP) dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang. Program ini disertai oleh 50 orang termasuk ahli BKP Kuantan, ahli BKP JKMN Pahang, AJK Taska Penyayang, Petugas Taska Penyayang serta sukarelawan setempat. Program ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni seperti semangat kesukarelawan dan semangat berpasukan di kalangan ahli BKP. Program mengecat bangunan Taska Penyayang Cenderawasih yang baru berpindah ke premis baru ini diadakan secara bergotong-royong, membersihkan serta mengindahkan kawasan taska tersebut . Antara aktiviti-aktiviti lain yang diadakan ialah hiasan landskap, melukis lukisan dinding dan sebagainya.
Program ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang dihasratkan. Program berbentuk kemasyarakatan ini perlu diteruskan untuk melahirkan ahli BKP yang aktif, prihatin dan cinta kepada kerja-kerja sukarela.

PROGRAM : PROGRAM MINGGU ILMIAH DAN SUKANEKA III
MASA : 8.30 PAGI
TARIKH : 31 MEI 2008 & 1 JUN 2008
BERTEMPAT : PADANG BOLA SEPAK KG. SUNGAI ULAR
Program Minggu Ilmiah Dan Sukaneka iii merupakan program naungan PKMD Kuantan dengan kerjasama Bridged Kebajikan Perdana (BKP), Pusat Tuisyen Desa Gemilang dan Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan Kg. Sungai Ular. Program tersebut adalah satu usaha menghidupkan kembali aktiviti tahunan dengan bersukan. Selain itu juga program ini bertujuan untuk membina sahsiah diri pelajar dalam aktiviti ilmiah. Secara positifnya program ini memberi kesan yang baik dan impak yang mendalam kepada ahli BKP dan yang menyertainya.


PROGRAM SUKANEKA
TARIKH : 1 JUN 2008
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : PADANG BOLA SEPAK
KAMPUNG SUNGAI ULAR

PROGRAM ILMIAH
TARIKH : 31 MEI 2008
MASA: 8.00 PAGI -5.00 PETANG
TEMPAT: PUSAT TUISYEN DESA GEMILANG

LAPORAN UNIT SOSIO EKONOMI DAN BANTUAN

NAMA PROGRAM : MAJLIS BERTEMU MATA PENERIMA BANTUAN JKM BERSAMA PEMIMPIN
TARIKH DAN MASA : 7.8.2009 / 9.30 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN KOMPLEKS PENYAYANG KUANTAN
Sentiasa prihatin dengan kebajikan mereka.Seramai 200 penerima bantuan JKM Daerah Kuantan telah menghadiri majlis yang diadakan bertujuan untuk memberi peluang pemimpin setempat bertemu dengan penerima bantuan JKM. Yang Hadir YB Dato’ Phang Tsu Ming Adun Semambu, Y.B Chang Hong Adun Teruntum serta Y.B. Bhg Puan Samsiah Hussin, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang. Adun Semambu dan Adun Teruntum juga telah menyampaikan wang bantuan bulan ogos kepada penerima-penerima bantuan.

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM DAN PELAJAR TAHFIZ OLEH SYARIKAT TIJARY
TARIKH DAN MASA : 10.9.2009 – 6.00 PETANG HINGGA10.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN KOMPLEKS PENYAYANG KUANTAN
Objektif program : Memberi peluang kepada ahli-ahli korporat menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan prihatin kepada golongan yang kurang upaya.

Perasmi :En. Suhaimi bin Sujak -Timbalan Pengarah Operasi mewakili Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang

Kesan :Mewujudkan sifat murah hati dikalangan mereka yang diberi rezeki yang lebih untuk membantu golongan kurang berkemampuan

PROGRAM : MAJLIS MERAIKAN ANAK YATIM OLEH PEKAYA
TARIKH DAN MASA :11.9.2009/ 6.30 PETANG HINGGA 9.00 MALAM

PROGRAM : MAJLIS BERBUKA PUASA
TARIKH :11.9.2009
TEMPAT: DEWAN KOMPLEKS PENYAYANG
Objektif : Berkongsi rezeki dengan golongan kurang upaya.

Kesan : Golongan kurang berkemampuan tidak rasa terpinggir

Program diadakan khusus untuk orang-orang miskin , klien JKM oleh individu prihatin dari Perkampungan Chenderawasih. Seramai 100 keluarga miskin daripada sekitar Chenderawasih, Indera Mahkota dan kawasan Kemunting dijemput ke majlis tersebut.

PROGRAM : MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN WANG ZAKAT OLEH YAB. PERDANA MENTERI MALAYSIA
TARIKH DAN MASA : 12.9.2009 – 11.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH PEKAN
Objektif : Menyampaikan zakat kepada mereka yang layak

Kesan : Klien JKM dapat bantuan persiapan menjelang aidilfitri

Seramai 92 orang klien JKM Kuantan yang menetap di kawasan Parlimen Pekan (Sri Damai, Jaya Gading dan PulauManis ) telah dibawa ke Pekan untuk menerima wang zakat sebanyak RM200 seorang yang disampaikan oleh YAB. PerdanaMenteri Malaysia.

NAMA PROGRAM : MAJLIS SEMPENA MERAIKAN WARGA EMAS, ANAK-ANAK YATIM DENGAN GOLONGAN KURANG UPAYA OLEH HSBC KUANTAN
TARIKH DAN MASA ; 24.10.2009 9.00 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI
TEMPAT ; DEWAN KOMPLEKS PENYAYANG KUANTAN.

PERASMI : EN.MOHD HAMIZAN BIN NASIR – PEGAWAI KEBAJIKAN
MASYARAKAT DAERAH KUANTAN
Objektif program : Mewujudkan kerjasama badan korporat dan jabatan dalam menjalankan tanggungjawab social kepada masyarakat

Kesan ; sikap prihatin kepada masalah social setempat dikalangan badan-badan korporat

NAMA PROGRAM : PROGRAM JALINAN KASIH
TARIKH DAN MASA : 24.10.2009 9.30PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI

KEHADIRAN : PENSYARAH-PENSYARAH DAN 100 SISWA SISWI KOLEJSHAHPUTRA SERTA 4 KELUARGA PENERIMA BANTUAN JKM KAWASAN BESERAH
Objektif program : Memberi pendedahan kepada siswa dan siswi yang bakal menjadi pemimpin terhadap program kemasyarakatan.
Kesan dari program : 4 buah rumah penerima bantuan yang terdiri daripada golongan ibutunggal, wargaemas dan pesakit kronik terlantar dibersihkan persekitarannya oleh siswa siswi Shahputra secara gotong royong.

Siswa siswi Kolej Shahputera yang telah didedahkan dengan sikap kerjasama dan keprihatinan terhadap golongan kurang upaya serta memupuk sikap menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan bahan makanan serta menyediakan makan tengahari kepada keluarga yang telah dpilih.

NAMA PROGRAM : MALAM EKSPRESI SENI OKU
TARIKH DAN MASA : 25.04.2009 / 8.00 MALAM
PEGAWAI YANG MERASMIKAN : YH DATO’ PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PAHANG
Objektif :
a)Memberi peluang kepada golongan OKU untuk menonjolkan kebolehan serta bakat yang ada dalam diri mereka.
b)Memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa OKU adalah sebahagian dari anggota masyarakat yang mempunyai hak yang sama dan berkeupayaan serta berperanan dalam pembangunan negara.
c)Melatih golongan OKU untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan masyarakat umum.
Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
d)Memupuk dan memperkukuhkan hubungan dan sokongan diantara OKU dan komuniti setempat.

NAMA PROGRAM: KASIH RAMADAN
TARIKH DAN MASA: 27 OGOS 2009 / 5.00 PETANG
Objektif:
a)Memberi penumpuan terhadap pembentukan / pemantapan sahsiah peribadi individu bersempena keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadan.
b) Merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli PAKK dan Jawatankuasa Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Daerah.

Kesan dari program:
a) Ahli PAKK telah mengenali setiap AJK Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak Daerah Kuantan.
b) Ahli PAKK telah mendapat pendedahan aktiviti yang boleh dilakukan di PAKK Dayasari, Kompleks Penyayang.

NAMA PROGRAM: JALINAN UKHWAH
TARIKH DAN MASA: 14 SEPTEMBER 2009 / 5.00 PETANG
Objektif:
a) Menjalinkan ukhwah di antara masyarakat setempat terutama di kalangan ahli PAKK dan Rakan Masjid.
b) Memberi maklumat dan info terkini mengenai PAKK kepada masyarakat setempat.
c) Membentuk semangat bekerjasama antara ahli PAKK dalam menjayakan satu-satu program.

Kesan dari program:
a) Ahli PAKK dan Rakan Masjid boleh berganding bahu menjayakan program.
b) Ahli PAKK telah mengenali setiap AJK Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak Daerah Kuantan.
c) Ahli PAKK telah mendapat pendedahan aktiviti yang boleh dilakukan di PAKK Casuarina, Permatang Badak.

NAMA PROGRAM: BADAN CERGAS, MINDA CERDAS (BCMC)
TARIKH DAN MASA: 15 SEPTEMBER 2009 / 8.00 PAGI
Objektif:
a) Membolehkan ahli PAKK yang berumur bawah 4 tahun bersama-sama merasai suasana pembelajaran di TASKA Penyayang.
b) Membolehkan anggota keluarga ahli PAKK melihat sendiri cara pengasuhan yang dijalankan oleh TASKA dibawah kelolaan JKM.

Kesan dari program:
a) Ibubapa ahli PAKK dapat melihat cara pengasuhan yang dilakukan di TASKA Penyayang Cenderawasih
b) Kanak-kanak dari PAKK Dayasari dan TASKA Penyayang Cenderawasih dapat berinteraksi bersama-sama dalam menjayakan program.

NAMA PROGRAM: MINDA KREATIF DAYASARI
TARIKH DAN MASA: 10 OKTOBER 2009 / 9.00 PAGI
Objektif:
a) Mencungkil bakat dan idea kreatif di kalangan kanak-kanak dalam mengilhamkan sesuatu seni lukisan.
b) Mewujudkan semangat persaingan yang sihat di kalangan kanak-kanak dalam sesuatu pertandingan yang memerlukan idea dan ilham sendiri.

Pegawai yang merasmikan: Encik Mohd Hamizan bin Nasir (Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan)

Kesan dari program:

a) Bakat kanak-kanak telah dicungkil dan dikenalpasti dalam seni kreatif.
b) Kanak-kanak telah memberi yang terbaik untuk memastikan mereka dapat memenangi pertandingan yang dianjurkan.

NAMA PROGRAM: SINGGAH RAYA CASUARINA
TARIKH DAN MASA: 17 OKTOBER 2009 / 9.00 PAGI
Objektif:
a) Mewujudkan amalan gotong-royong di kalangan ahli PAKK dan penduduk setempat.
b) Melahirkan kanak-kanak yang bertanggungjawab dalam setiap tugas yang telah diberikan dan diamanahkan.

Kesan dari program:

a) Ahli PAKK mula mengamalkan skap bergotong-royong dalam setiap aktiviti yang dirancang
b) Ahli PAKK telah menanam sikap bertanggungjawab antara mereka

NAMA PROGRAM: SEMINAR KELUARGAKU DIHATIKU
TEMPAT : DEWAN KOMPLEKS PENYAYANG
TARIKH : 23 NOVEMBER 2009

PESERTA : 100 ORANG KANAK-KANAK DAN IBU/BAPA/PENJAGA KES BENGKEL INTERAKTIF, KES SELIAAN AKHLAK KANAK-KANAK DAN KANAK-KANAK PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK DAERAH KUANTAN.

Objektif :
a) Meningkatkan kesedaran serta memberi pengetahuan terhadap kemahiran keibubapaan serta pengurusan konflik dalam institusi keluarga.
b) Mewujudkan satu bentuk hubungan yang positif serta perasaan saling memahami di antara satu sama lain dalam keluarga.
c) Membentuk hubungan keluarga yang sihat dan harmoni di samping pertumbuhan psikologi yang positif.

Pembentukkan sebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan sejahtera amat dipengaruhi oleh bentuk kepimpinan yang dilaksanakan dalam sesebuah keluarga. Pelbagai bentuk kepimpinan yang dilaksanakan dalam sesebuah keluarga memberi impak yang besar dalam tumbesaran psikologi kanak-kanak. Justeru itu pendedahan kepada pengetahuan kemahiran keibubapaan dan pengurusan konflik amat penting bagi meningkatkan lagi keharmonian dalam sesebuah keluarga. Sekaligus meningkatkan lagi keseimbangan dalam pembentukkan sistem keluarga dan mewujudkan satu bentuk hubungan keluarga yang positif dengan perasaan saling memahami di antara satu sama lain.









No comments: